Pencemaran Air

Pencemaran alam sekitar kian teruk di kalangan hidup kita. Pencemaran alam sekitar yang kian berlaku iaitu pencemaran air. Pencemaran tersebut kian berlaku di kalangan kita akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Pencemaran air diakibatkan oleh perbuatan manusia yang suka membuang sampah-sarap di merata tempat termasuklah sungai dan laut. Selain itu, kilang-kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai dan laut juga menyebakan pencemaran air. Dengan perbuatan sedemikian, telah menyebabkan kebanyakan hidupan-hidupan laut kian mengurang sehinggalah pupus.
                                          Pembuangan sisa toksik dari kilang ke dalam sungai.


                                           Kematian hidupan dalam laut akibat pencemaran air.
Untuk mengatasi masalah sedemikian, manusia haruslah tidak membuang sampah merata-rata tempat dan juga jangan membuang sampah ke dalam sungai dan juga laut. Pihak kerajaan boleh menjatuhkan hukuman kepada mereka yang tidak mendengar nasihat daripada pihak berkuasa. Selain itu, kilang-kilang perlulah membuang sisa toksik di tempat lain bukan nya ke laut atau sungai. Jika kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut, boleh didenda atau dijatuh hukuman.

Media massa perlulah memberi sokongan atas menyeru manusia menghargai sungai dan laut kita dan juga hidupan-hidupan dalam laut dan sungai. Media massa boleh memaparkan iklan-iklan atau video yang mengenai tentang hargailah alam sekitar kita.

Akhir kata, hargailah alam sekitar kita yang cantik ini, jangan lagi membuang sampah-sarap dan sisa toksik yang mengakibatkan kematian hidupan laut!!