Pembuangan Bayi

Dalam beberapa tahun terakhir ini, kes pembuangan bayi semakin menambah. Bayi-bayi yang baru dilahir dibuang di dalam tong sampah, longkang, hutan, tepi jalan dan lain-lain tempat. Ini telah menyebabkan bilangan kematian bayi semakin meningkat baru-baru ini.



                      Ketiga-tiga gambar di atas ialah gambar bayi yang ditinggalkan dan dibuang.

Bayi-bayi yang dibuang di dalam tong sampah, longkang, hutan, tepi jalan dan lain-lain tempat biasanya akan mati kerana kekurangan udara, kesejukkan, kelaparan dan sebagainya. Yang ditinggal pula, kalau nasib baik, bayi tersebut akan diadopsikan atau dihantar ke rumah kebajikan dan rumah anak yatim.

Kes-kes ini kelak berlaku ada beberapa sebab. Pemuda-pemuda pada zaman kini mudah melakukan hubungan seksual dan tidak ada kontrasepsi. Oleh itu, apabila bayi dilahirkan, mereka tidak mahu bayi itu dan juga atas perasaan ketakutan akan menyebabkan mereka bercadang membuangkan bayi tersebut. Selain itu, keluarga yang sangat miskin dan tidak mempunyai kemampuan untuk membela bayi tersebut juga menyebabkan mereka membuangkan bayi itu ataupun meninggalkan bayi itu di hadapan rumah orang lain.

Untuk mengatasi masalah tersebut, pendidikan tentang seksual perlu disemai sejak kecil. Ini disebabkan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang salah bawah perasaan ingin tahu. Kerajaan boleh membantu keluarga yang yang miskin seperti memberikan bantuan wang, memberi peluang bekerja kepada mereka dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga memainka peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya tidak berlaku sesuatu tindakan yang salah.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama atas mengatasi kes pembuang bayi tersebut kerana ini adalah tanggungjawab semua pihak.