Jenayah Yang Berlaku Di Sekolah Menengah

Pada masa kini, kes-kes jenayah kian berlaku di kalangan sekolah menengah. Pelajar-pelajar sekolah menengah kian bersikap gangstelisme di dalam sekolah. Mereka akan mengumpul sekumpulan kawan-kawan. Selepas itu, mereka akan melakukan kes-kes jenayah seperti membuli, pemerasan, bergaduh dan sebagainya.

Misalnya, pada masa yang terakhir ini, telah berlaku satu kes iaitu empat orang pelajar perempuan membuli satu orang pelajar perempuan. Kes ini amat dipandang serius oleh semua pihak.

Untuk mengatasi kekerapan jenayah berlaku di sekolah, pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang melakukan kes jenayah. Ini adalah supaya mereka tidak akan mengulang sekali lagi dalam membuli, bergaduh dan sebagainya.

Selain itu, ibu baba juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak mereka. Mereka perlu menggunakan masa yang lebih panjang untuk memahami dan bergaul dengan anak mereka supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang salah.

Di samping itu, pelajar-pelajar sendiri perlu sedar bahawa kes-kes jenayah yang dilakukan mereka adalah salah dan ini akan menyebabkan mereka dipenjarakan.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama agar kes-kes jenayah yang berlaku di kalangan sekolah dapat diatasi.